Sunday, 1 January 2012
Selamat Tahun Baru!
Tepat detik 12, tahun 2012 sudah menjelang! Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih mampu bernafas dan menikmati tahun baru ini. Semoga dengan adanya tahun baru ini, kita akan lebih tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup yang semakin hari semakin mencabar.
Dengan pertambahan usia yang semakin meningkat, perangai dan tingkah laku harus diubah. Lupakan kisah-kisah lama yang pahit dan mulakan hari-hari baru dengan senyuman dan keyakinan, insyaAllah, rezeki akan datang melimpah-ruah kepada kita semua.
Bila dah tahun baru menjelang, maknanya semua manusia di seluruh dunia akan memasang matlamat hidup ataupun lebih popular dengan nama manjanya, azam tahun baru. Apa azam tahun baru korang? Boleh share-sharekan kat sini tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)
