hye peeps..
okayy..anda2 sume harus tahu yang student2 maktab macam kami ni ada aktiviti koko yang diberi nama GERKO..
setiap sem sukan yang kami main adalah berbeza..so utk sem 3 ppismp ni gerko kami adalah BOLA JARING n BOLA SEPAK..kenapa lain2 ???
sebabnya kami gabung dengan unit Matematik..huhu..for gegurl , we all main bola jaring n for guy pulak main bola sepak..
menurut wikipedia ,
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:
Bola sepak pula adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
okay lahh anda2 semua..dah tahu kan sedikit sebanyak pasal bola jaring n bola sepak..jom tgok gmbar pulakk :)
p/s : gmbar bola jaring je ada..haha..sorry boys :D




No comments:
Post a Comment